Bebeday IRAIN!


Gamba dicuri dekat instagram faiza hiks
Okayy cerita dia penuh dengan kejutan lolol kejutan angat! :D Aku yang rancang nak kenekan ira sudahnyaa aku yang terkena dan rasa sangat diperbodohkan hahahahahahaha. Tahniah kepada nurin kerana berjaya menipu aku dengan kononnyaa call pojan padahal call dakdak nii hahahahaha

Alkisah bermula begini pada tanggal 13 Februari 2014 aku merancang untuk mengenakan ira bagi meraikan hari jadi beliau yang lepas. Aku telah mengajak nurin faiza dan ikin sekali. Setelah beberapa hari merancang hari yang dinanti tibaaa. Nurin berjanji untuk dtg ke rumah aku pada waktu malam. Setelah tibanyaa nurin dirumah ku dia mengatakan bahawa ikin dan faiza tidak jadi menghadirkan diri kerana tidak ada kenderaan ke rumah. Aku mulai berang, kerana kita telah berjanji! Tidak mengapa, nurin telah memperbodohkan aku lagi katanya nak ke rumah ira sebab aku tak pernah bwk dia ke rumah ira padahal dia yg takut sbb rumah ira ad kucing tapi kali ni dia kata dia dah berani lah apa lah. Kemudian aku pun pergi ke rumah ira sambil bwk pendrive nak movie night katakoooooo! Hahahahahahha. Sesampainyaa aku dirumah ira aku lihat ira sedang tidur aku mengejutkannyaa tanpa rasa malu lalu dia pun terkejut kerana ternampak nurin hahahahaha.....

Setelah mengambil beberapa movie dalam laptopnyaa aku mengajaknyaa pulang ke rumah untuk movie night. Kami masuk ke dalam bilik dan dikunci oleh nurin. Tiada yg pelik kerana aku pun selalu kunci bilik kalau ada kwn dtg. Lebih kurang setengah jam aku dgn ira borak nurin kata nak amek gambar setelah mengambil gambar beberapa snap dia mengajak mengambil gambar di luar katanya lampu luar rumah aku yg warna oren tu lawa........ Kenapa aku tak pelik lagi? Hhahahahha. Aku pun keluar lah dengan iraa. Beberapa tapak keluar aku perasan ada flat comel dkt luar rumah and aku pandang kaki nurin yg pakai selipar baru nak bukak mulut nak tanya dia bwk selipar lebih ke? Mulut dan kepala aku makan tepung dah air. Cuma perlu tabah bawang ikan bilis dan sedikit garam dah boleh buat cekodok hahahahahaha. Kuranga jar mereka merancang untuk mengenakan aku dan ira bersama. Tahniah atas lakonan mu nurin. Anda berjaya!

Kemudian keluar lah  kek yang tertulis dia atasnyaa "AIN & IRA STAY CUTE" Hhahahahahha sumpah comel and terharu. Takboleh disebut dengan kata kata lah dia pun terharu tuuu. Tak lama lepastu paan dengan awan datang memeriahkan suasana. Oh isma datang dengan budak perempuan ayat betulnyaa isma yg jemput dorang hahahahaha :D Taklama lepastu lan dtg. Masa lan datang semua dah habis. duduk lepak lepak dah. Awal sungguh dia datang :D Tapi dak dak laki tak tertinggal dgn kene pancutan air hahahahahaha. Senang cerita malam tuu semua orang basah :D Perempuan semua bertepung.....

Lepastu dak dak laki pergi kedai bungkus makan.... Malam yang penuh ceria dah bahagiaa. Makan bersama dirumahkuuu. Serious rindu saat lepak lepak. Gelak tak ingat dunia mcmtuu. Lastly thanks to all yang bersama buat rancangan mengenakan aku and ira. Thanks to nurin ikin faiza fazirah hasna isma paan awan and lan. Korg the best best best best friend ever lah! I love you all to the moon and back ♥♥♥
Seriously dalam dunia nii korang one in million :')

Movie night tetap adaaaa. Movie with my girlsss :)


Comments

Popular Posts